Warning: include_once(/home/akulelak/public_html/wp-content/plugins/fabricpress/) [function.include-once]: failed to open stream: Success in /home/akulelak/public_html/wp-settings.php on line 465

Warning: include_once() [function.include]: Failed opening '/home/akulelak/public_html/wp-content/plugins/fabricpress/' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/akulelak/public_html/wp-settings.php on line 465
Ya Tuhan, Izinkanku terus bernafas…

Kerak buat Mak

Tuesday, September 15th, 2009

TT tak tau sama ianya kisah benar atau rekaan ssemata-mata, tp ianya amat menyedihkan..sayu
***

Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah

beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi

setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu

gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang

akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa

yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan

bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,”tak payah” katanya “biar mak yang buat

nanti lain rasanya”. Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih

dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk

anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.

Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak

lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak

ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana

ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan

bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah

sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang dan kakak

yang tiba dengan anak-anak mereka

Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi

goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air

tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis.

Terdetik dihatiku… ” ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi

kerana sibuk sediakan nasi tu”… seraya tu abang ku bertanya ’siapa

tak makan lagi nasi ni’.

Aku menjawab ‘ mak belum makan apa lagi tu’ Mak dengan bersungguh

menjawab ” Ehh mak tak mau… tak lalulah nasi goreng, nak makan roti

ja sat lagi’… dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata

ku dalam hati.” oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal

penyakit diebetisnya” ..

Bila semua dah pulang..aku lihat mak

terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya ‘mak nak apa..nak

ambilkan.’.’ takpa nak rasa ni sikit’.

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya

sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali

untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya.

..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan

mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar

kalah dengan apa yang kami saksikan..” YA RABB Engkau peliharalah Ibu

kami, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk

membalas jasa ibu yang tak terhingga ” . AMINN

Subhanallah, Walhamdullillah Wallahuakbar

CD4 drop

Tuesday, September 15th, 2009

Alhamdullilah, keputusan CD4 masih memberikan TT pengharapan utk terus hidup tanpa sebarang penggunaan ubat antiviral yg sesungguhnya mempunyai kandungan toksin yg tinggi.

CD4 count yang lalu adalah sebanyak 405 manakala latest count adalah 329.

Masih tinggi berbanding dengan tahap max iaitu 200 yang mana sekiranya seseorang yg mempunyai CD4 dibawah 200-maka itu dipanggil tahap AIDS.

Dalam setahun, TT masih lagi mengungguli CD4 TT dan maintain di tahap yang selamat. Tapi TT tak pasti sejauh mana TT akan bertahan sebegitu.

Menurut doktor, TT kena banyakkan exercise dan mengambil pemakanan yang seimbang. Tak perlu memakan supplement or watver ubat yg dikatakan mampu mengubat HIV. kata doktor tu lagi, dia mmg tak percayakan makanan tu semua sbb yang lebih pentng adalah emosi, living lifestye etc.

So, TT akan cublah after raya nanti utk mengikut saranan doktor tu. Stay alivee…

Utusan 14 Sep 09

Monday, September 14th, 2009

Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan

KAMSIAH Abd. Rahman bersama salah seorang daripada 10 cucunya, Nursyafika Mohd. Haris,10, di hadapan rumah usangnya di Lenggeng, Negeri Sembilan.



Berbekalkan sisa-sisa tenaga yang ada dan tanpa sumber pendapatan tetap, seorang nenek berusia 71 tahun terus membesarkan 10 cucunya.

Lebih menyedihkan, sudah 14 tahun dia menggalas tanggungjawab tersebut. Bagi cucu-cucunya yang berusia antara tujuh dan 16 tahun, nenek mereka adalah ayah dan ibu.

Dalam kesempitan hidup di bawah bumbung rumah usang satu bilik, warga emas bernama Kamsiah Abd. Rahman cekal memelihara kesemua cucunya yang masih bersekolah.

Rumah usangnya itu terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kamsiah dikurniakan tujuh cahaya mata, malangnya anak-anak dan menantunya hilang tanpa khabar berita meninggalkan zuriat mereka bersama warga emas itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah menyalahkan anak-anaknya jauh sekali menganggap cucu-cucunya sebagai beban lantaran sedar mereka juga dibelenggu kesempitan hidup.

Kamsiah kini cuma menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bagi menyara cucu-cucunya.

———————————————————————————————————————

TT kagum dengan kecekalan makcik ni menjaga cucu cucunya. Semoga beliau tabah menghadapi hari hari yang seterusnya. Aminn

Puasa, Kerja, Raya & CD4

Sunday, September 13th, 2009

salam semua TT ucapkan. sory la lama sangat tak update blog ni. terlalu banyak issue dan perkara yg TT lakukan dlm bulan ni. pejam celik masa begitu pantas berlalu.

Esok ptg TT akan ke hospital lagi. utk follow up CD4 count yg terbaru. TT harap sgt akan berlaku keajaiban & CD4 akan turut bertambah.

Setakat ni TT takde la rasa apa2  sakit atau simptom yg tak baik. Semuanya OK OK..malah boleh TT katakan yang kesihatan TT masih lagi perfect….alhamdulillah

Doakan agar result esok memberi harapan kepada TT utk terus menjalani hari2 yg TT rasa akan penuh berliku….aminnn

Dek Kerna Income Tax

Wednesday, August 12th, 2009

2 minggu yang lalu, kepala otak TT asyik dok mengenangkan surat dari LHDN tentang tuntutan cukai pendapatan yang perlu TT bayar sebanyak RM4K ++.

TT sebenarnya tau, terdapat kesalahan yang mana IRB tidak membuat tolakan sebanyak RM4K++ utk pembayaran Zakat yg TT buat melalui potongan gaji.

TT dah pun pergi ke Pejabat Lembaga Hasil minggu lalu utk membuat semakan tetapi disebabkan EA Form & Resit Zakat tu dah hilang, TT kena pulang dan cari semua document tu.

Puas dah TT cari kt ofis sepanjang minggu…dan alhamdulillah ntah macam mana TT terpikir nak bongkar semua drawer. Tetiba ade la terselit EA form tu dengan Resit Zakat. Gembira tak terkata.

Bila semua document tu dah ada, TT pun buatlah semakan terakhir ke atas calculation yg dibuat oleh IRB & TT compare dengan apa yang telah TT isi masa e-filing.

Apa yang mengejutkan TT bila mana terdapat kesalahan kiraan yang dibuat IRB. Mereka terlebih kira sebanyak RM3K++. Sepatutnya base on the correct calculation, IRB kena bayar sebanyak RM200 pada TT semula.

Cis, panas je hati TT bila dpt tau benda ni. 2 minggu tak senang duduk pikir pasai income tax, rupa-rupanya bukan salah TT  pun!

So next time, every single receipt yg korang dapat mestilah disimpan dengan betul yer. Semua resit pembelian buku, bil ubat, beli barang2 sukan etc mestilah difiling dengan sempurna untuk memudahkan proses declaration utk income tax. Dan make sure every single calculation yg diorg buat diteliti semula….walaupun kita tau semuanya dikira menggunakan computer, tapi maybe terdapat virus yang mampu menukar dan mengubah kiraan menjadi ralat! ;)